July 31, 2010

JEJALAN KE TAMAN I-CITY

MALAM TADI KAMI GENG BERNAM 07 G JEJALAN KE I-CITY.
KITORANG BERTOLAK LAM KUL 5 LEBIH2 CM2 LA N SMPAI KAT LAM KUL 9.
DLM FIKIRAN NI DH PK MESTI BEST KAT SNE CZ DGR BEBUDAK CITE BEST SGT,
MULA2 SMPAI TERUJA TGK PEMANDANGAN TAPI LAST2 CAM BESA JEW TMPAT 2.
YG JD KELAINAN KRN POKOK2 LED KAT C2 JEW..
MANUSIA RMAI GAK YG DTG KAT SNE.
TUK PENGALAMAN 2 OK LA, TP YG XSYOK NYE XSMPAT NK SNAP2 PIC BYK2 CZ SUME KAMERA YG DIBAWA ABES BATERI, 1ST SMPAI JEW SMPAT AMEK.
KLU LA KAMERA AD BATERY AKU RASE SMAPAI FULL MAMORY KAMERA 2..
HAHAHAHAHAHA
TAPI MENARIK LA CZ DPT KUMPUL RMAI2 GENG KITORANG...
NI AKU KONGSIKAN PIC YG SMPAT SNAP SBLOM BATERY ABES..

istana kristal


July 28, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN PTV

1.0 PENGENALAN
Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Olehitu, dalam usaha mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian ini akan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.
2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

2.1. Sebelum Zaman Kolonialisme British
Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.
Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.
2.2. Semasa Zaman Kolonialisme British

2.2.1. Sebelum Perang Dunia Kedua
Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem
pendidikan kepada lima peringkat iaitu:
• Pendidikan Rendah
• Pendidikan Menengah
• Latihan Perguruan
• Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika  itu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang  berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi  tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Tanah Malayu.
Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 diSerdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.
2.2.2. Selepas Perang Dunia Kedua
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.
British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara
keseluruhan.
Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk
masyarakat cina.
Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah  mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai  Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambil keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan, pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan
Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN
PERTUKANGAN
Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur.
Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan- jabatan tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan
mekanikal dan kejuruteraan ukur.
Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras
iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.
4.0 PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU
Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu
Bahagian Pengurusan Politeknik.
Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada  tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinetb dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 – 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus- kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.
Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun 2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.


5.0 PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:
1. Unit Ketukangan Kejuruteraan
2. Unit Perdagangan
3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
4. Unit Sains Pertanian
5. Unit Kursus Pendek
6. Unit Politeknik
7. Unit Pentadbiran
Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam
2. Unit Kejuruteraan Elektrik
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal
4. Unit Perdagangan
5. Unit ERT
6. Unit Sains Pertanian
7. Unit Pembangunan
8. Unit Pengurusan pelajar
9. Unit Pengurusan
10. Unit Pentadbiran
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai  Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.

6.0 PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini. Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu
Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan TeknikOntario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian.Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya. Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir
tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains
Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional. MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.
Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).
7.0 PENUTUP
Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di dalam kelas.

July 26, 2010

XPDC GUNUNG DATUK 2010

KORANG TAU NI LA 1ST TIME AK JOIN MENDAKI GUNUNG,
MULA2 2 RSE LETIH SGT2 SBLUM SMPAI KE PUNCAK TP
KUATKAN AZAM NK SMPAI GAK CMNE POM.
BILE DH SMPAI KAT ATS 2 DH LEN RSE NYE,
RSE BEST SGT N KEPENATAN POM ILANG BILE TGK KEINDAHAN DR ATS...
KAT ATS SNE SMPAT GAK SNAP2 :

ni dh mse nk smpai ke pertengahan gunung

ni berenti di pertengahan gunung tuk rehat2 n tggu peserta len

ni dh nk smpai ke punca
yesss!!! dh smpai tp lum nek ke puncak ag

group 1st smpai ni...

yahhhhhh!!! nk nek ke puncak

geng bernam '07

tinggi nyeeeee

pidot n din
 ngan kuku rangers...

pidot n syam rizal bergabung

July 23, 2010

KENDURI KAWEN HALIM

sebelum aku datang Tanjung Malim ari 2 aku singgah jap kat gerik umah Zack cz ad jemputan kawen..
jemputan 2 adlah dr member ak mse PLKN dlu, awl ag ye dh kawen, aku entah la bile plak nk kawen...
2 jew la pic yg smpat ak amek ari 2 cz ye bz la cz ari bahgia die..hehehehehe
bkan slalu leh g kenduri kawen ni, hehehe..
kepada Halim dan isteri smoga berkekalan hingga ke anak cucu la ye n ada mse kite leh jmpe ag klu xsbuk..

SEKRETERIAT MINGGU SUAI KENAL 210/2011

NI LA PIC2 YG DPT AK PUBLISHKAN SEMASA MSK ARI 2...

July 21, 2010

MEMBERI SATU KELEBIHAN KEPADA DIRI KITA

Di sini aku ingin kongsikan sesuatu iaitu satu petikan yang dipetik dari buku "Nota Hati Seoran Lelaki" berkenaan sifat memberi iaitu mencontohi Allah al-Wahab :
..."Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan "liabiliti" tetapi sebenarnya adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan  benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
     "Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa."

July 13, 2010

Jadual Minggu Tambah dan Gugur Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

Berikut adalah Jadual Minggu Tambah dan Gugur Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011:



PENTING!!!Untuk makluman, Tambah/Gugur Kursus perlu dibuat secara ONLINE mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Universiti tidak akan membuat Tambah/Gugur Kursus untuk pelajar.
Sebarang implikasi jika gagal berbuat demikian adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Untuk merujuk manual pengguna sila layari laman web:
http://mysis.upsi.edu.my

* Sebarang masalah, sila hubungi Fakulti masing-masing atau Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).
Sumber: Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran) & BLOG MPP


TIMETABLE UNTUK SEMESTER INI

NI LA TIMETABLE TUK SEM NI, 
NMPAK PNAT GAK 
TP NI BLUM AD PRUBAHAN DR LECT AG..


July 12, 2010

KEMBALI KE ALAM KAMPUS

Ak dh msuk sem 7 kew??????
xcaye ase, ase kjap sgt bljo kat cni, tup2 dh msuk sem 7...
hari ni bermula la kembali alam kampus,
tp pg2 ni ak kna g wat kad matrik dlu cz ilang,
ntah malaun mne yg kebas wallet ak...
samat kembali ke kelas yek kwn2, ak kul 12 nti bru stat klas...
tp dlm diri ni msih ag xnk p klas, lum puas ag cuti...
msti adik2 junior ngah berebut nk p klas pg ni, maklum la 1st day nk g klas...
samat menempuhi alam kampus la ye kat adik2...

July 10, 2010

Rehat-rehat Badan

Ujung mggu ni jst tuk rehat jah, badan dop ilang letih bertugas mse MSK 2...
Ak ngak Mau di ggu mggu ni, aku nk tidoooooo...
ak nk cite ckit sal MSK sem ni, mmg best sgt2 rg xjoin dr awal ag..\
ktrang geng mkanan cam satu familydah...
tenkiu yek kat member2 mkanan cz menghepi kan aku...
klu ad mse nk join ag, walopom pnat tp ht tetap gembire n sgt2 merindui mse 2...
K la mlas nk taip byk2, penat xilang ag ni,len kli bersua ag..
Ak bkan rajin sgt nk update Blog ni, time ad mse n rse nk menaip jew la...
K SUME SAMAT MENEMPUH SEMESTER BARU....
Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online