March 11, 2014

Aku Terima Nikahnya...

Hanya masih berbaki tiga bulan lagi maka, pidot akan menamatkan zaman bujang sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t. Terlalu banyak lagi persiapan

yang perlu diuruskan, terasa diri ini belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Banyak perkara lagi perlu dipelajari bagi melengkapkan diri untuk menjadi imam dalam keluarga. Semoga Allah memberi kebrekatan dan kerahmatan dalam melayari alam rumah tangga ini.

Pidot telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Disember 2013 dan akan diijabkabulkan pada 7 Jun 2014 sekiranya diizinkan oleh Allah. Semoga perjalanan ini lancar sehingga hari diijabkabulkan. Pidot hanya mahu majlis persandingan yang serba ringkas sahaja, tidak perlulah semegah artis-artis Malaysia kini, hanya berharap perhubungan ini kekal sehingga ke Jannah.

Di sini pidot sertakan sedikit foto majlis pertunangan dan nanti pidot akan "update" coretan-coretan di majlis persandingan.










DOAKAN AGAR KAMI BERKEKALAN SEHINGGA KE JANNAH

October 27, 2012

Cuti-Cuti Sarawak

Harini adalah hari last di Kuching,malam ni Insyaallah akan bertolak balik ke Sibu.
Rasa kjap aje cuti. Rasa malas sangat nak msuk ke Kapit. Tapi xpe kna than seminggu ag tuk balik ke Kelantan. Hari ni plan nk ronda bandar Kuching lg tuk terakhir kalinya bagi tahun ini. Selama dua hari berada di Kuching ni banyak kenangan-Kenangan yang terukir,boleh la tuk hilangkan sekejap rindu kat kampung. Terima kasih kat Syed cz die jd pemandu pelancong tuk aku sepanjang berada di Kuching ni. Cuma satu tempat jew xsmpat nk pegi yaitu Sarikin,xpe ad mse dtg lagi..Ok la teman2 semua,nk siapkan diri dulu cz mau keluar. Ada masa akn updtae lg blog ni.. lama sgt xmsuk lam ni,dh penuh ngan sawang2 dh,ni proses nk cuci balik blog ni...tenkiu sume....

May 05, 2011

REMAJA MILENIUM

KENAPA AKU MEMILIH TAJUK ENTRI NIE????
BKAN APE,AKU TGK REMAJA ZAMAN SKRG NI AKU TGK SEMAKIN TIDAK TENTU ARAH, TIADA HALA TUJU DALAM DIRI MEREKA, NI BUKAN CKAP KOSONG TAPI MMG KENYATAAN KERANA AKU PERHATIKAN PERSEKITARAN DI SEKOLAH DI MANA AKU BERKHIDMAT.
AKU JADI TAKUT BAGAIMANA GENERASI HARI INI AKAN MENTADBIR NEGARA PADA MASA DEPAN JIKA BEGINILAH GAYA HIDUP REMAJA ZAMAN SEKARANG.
KEPADA GENERASI BARU NIE JANGANLAH TERLIBAT DENGAN GEJALA2 YANG TIDAK BAIK, ITU AKAN MERUGIKAN MASA DEPAN ANDA SENDIRI.
SEBAGAI CONTOH, PADA BEBERAPA MINGGU LEPAS REMAJA MENJADI GILA DENGAN KEDATANGAN SEORAN PENYANYI REMAJA IAITU JUSTIN BIEBER

RAMAI REMAJA MEMENUHI STADIUM, NAMUN ADAKAH PENUH MASJID DENGAN KEHADIRAN IMAM BESAR MASJIDIL HARAM

INGATLAH WAHAI REMAJA SEKALIAN, DUNIA INI SEMAKIN HAMPIR.
JANGANLAH ANDA SEMUA LEKA DENGAN HIBURAN DUNIA...
ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA PADA MASA HADAPAN..


March 08, 2011

Guru Menampar Pelajar

AKU SEORANG GURU SEKARANG????????????????
Aku memang bercita2 nk jadi GURU,
Kini Impian aku semakin tercapai...
Kini aku Menjadi Guru Pelatih di SMKSIS,
Memang Besar cabarannya menjadi seorang guru,
dulu aku tidak pernah memikirkan beban yang dipikul guru2 untuk mendidik pelajar2 nya,
tp sekarang aku sendiri merasainya...
Betapa besar pengorbanan GURU mendidik pelajar2 tambahan pula mengajar pelajar2 yang tercorot dan tiada motivasi untuk belajar..
memeang besar cabaran mendidik di alaf ini..
Pelajar2 bukan lagi seperti dulu,
Pelajar2 sekarang Tahu teknologi,
kerana teknologi juga ramai pelajar yang hanyut dibuai mimpi..
bukan ingin menyalahkan teknologi semata2 tetapi penggunaan teknologi yang tidak terkawal..

Dulu aku sering bercakap2,berbual2,bergurau2 dalam kelas..
Guru yang Mengajar di hadapan tidak dihiraukan..
KINI aku sendiri merasai bagaimana perasaan seorang guru apabila pelajarnya tidak mendengar apa yang diajar dan bergurau dalam kelas..
Betapa Marahnya hati ini tapi tidak boleh memukul kerana guru tiada kuasa untuk memukul kecuali guru disiplin..
Memang penat untuk mendidik Pelajar2 masa kini,
Tetapi Walau sepenat mana sekalipun, Tanggungjawab harus dipikul,jika semua guru kalah, maka makin sesat la pelajar zaman sekarang..

Jadi Kita sebagai guru jangan menjadi guru dalam kategori keempat...
GURU TERDAPAT 4 KATEGORI :
1) DIJADIKAN GURU
2) MENJADI GURU
3) TERJADI GURU
4) GURU JADIAN

Guru2 jangan menjadi GURU JADIAN, kalau semua guru itu guru jadian maka rosaklah anak bangsa..
GURU2 harus menjadi guru kategori pertama iaitu DIJADIKAN GURU kerana bila dijadikan guru maka pelajar2 akan menjadi seorang pelajar yang hebat...
GURU2 tidak boleh menjadi guru kategori 2,3 dan 4...

GURU JADIAN mengamalkan 4K dalam profesionnya iaitu:
1) KELILING-KELILING
2) KECEK-KECEK
3) KANTIN
4) KELIK

GURU-GURU SEMUA AYUHLAH KITA BANGKIT UNTUK MENJADI GURU YANG BETUL-BETUL SEORANG GURU, KASIHANILAH ANAK BANGSA KITA. TANPA KITA MAKA ROSAKLAH GENERASI MASA HADAPAN DAN MAKA HANCURLAH TAMADUN KITA JKA KITA ABAIKAN TANGGUNGJAWAB INI.

February 15, 2011

Bermula Perjalanan sebagai Pendidik Walaupun Praktikum


jadual waktu SMKSIS

Ari Rabu Nie Bermula Rutin Aku Mengajar Student2 kEsayangan Ak..

Hope Sume Berjalan Lancar...
Aku Kna Mengajar 12 Waktu Form 2,
Aku Ajar Subjek KH pilihan KT & PK...
Fisrt Nti Msuk Klas kna wat Set Induksi Lak...

huwaaaaaaaaaaa!!!!!!
Hope Student Aku Dgr ape yg Ak Nk Ajar Nti...

November 22, 2010

PayBox

PayBox

November 15, 2010

MY BELOVED!!!!!

Wahhhh!!!!
Bukan men ag ae tajuk post kali ni...
hahahahahahahahhaah!!!
Bukan ape, saje nk mengarut pada pg Isnin ni..
Kan malam ni pidot dh nk blik Kampung..
Abes 2 nak mengarut sepuas-puasnya la...

Mesti korang nk tau kan nape ak post MY BELOVED...
haaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Jeng...Jeng...Jeng....
ni la my beloved ak,
nak knal x?????
jap ae...
oke sesape nk knal ni la my beloved ak...

Korang slah anggap lak..
MY BELOVED yg pidok maksudkan ni adlh
ANAK SEDARA SULUNG pidot...
Minah ni la mulut pling becok skali..
suke sgt ngepek..
Pada ank sedara Chik ni jgn marah yea...
Lusa dh nk raya...
Haaaaaaaaaaa!!!!!!

November 14, 2010

"KEJAYAAN" NEGARA ISLAM...MALAYSIA

(INI BUKAN POLITIK!)

 Dipetik Dari : facebooke Ad-Dien

Bismillahirahmannirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...
Segala Puji Hanyalah Kepada Allah...
Pemelihara Seluruh Alam Maya....

Ku Melihat,Ku Berfikir...Ku Menulis (Dengan Izin Allah)
Tapi Kata2 Seorang Yang Tidak Mempunyai Pangkat Ataupun Harta...Seperti Jeritan Seekor Semut Memanggil Sang Gajah...

Kita Hanya Mampu Berkata2...Tapi Pihak Pemerintah Yang Sepatutnya/Sewajarnya Berfikir Mengunakan AKAL dan HATI Yang ALLAH Kurniakan.....

Ku Melihat...Negara Yang Ku Cintai Ini..Yang Dihuni Berbilang Bangsa Dan Etnik..
Kebebasan Beragama Juga Menjadikan Negara Ini MENARIK Dengan SIKAP Tolenransi Sesama Insan.....
Ku Melihat....Kejayaan Demi Kejayaan....Daripada Saudara2 Seagamaku Dan Juga Kejayaan Orang2 Bukan Islam Di Dalam Negara Ini.

November 13, 2010

SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA


Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

November 12, 2010

PIDOT KEMBALI LAGI

HELLO!!!!
Akhirnya pidot kembali menghangatkan blog ni..
Agak lame ye disitu pidot tak muncul,
bukan ape, bz sesangat..
skang ni bru ad mse nk update blog ni...
kecian kat blog pidot ni, tuannye xuruskan btol2..
btw lam kesenangan ni ad gak kerunsingan nye,
cz nk exam,
lom stdy mende pom ag, xtau la ble nk stat..
next week nk blik kg, then dtg blik tuk exm..
pidot riso giloer2 la sem ni cz tkut pointer jatuh la...
byk subjek down sem ni, dh la sem akhir dh..
next sem plak pegi praktikal..
Pd adik2 n warga SMKSIS pasir mas natikan 
kedatangan Cikgu yg paling baik n hapening ye..
lam ati riso bebenor...
tak tau ag situasi sbnar sekolah 2..
ape ag ek nk coretkan disini,
almaklum la lme sgt xstory kat cni..
ahhhhh!!!!!
ad satu ag lom terlupa
aku nk wish 
SELAMAT PENGANTIN BARU
kat saem ak yaitu PIJO aka MAT SABU
yg lansungkan perkahwinan arini..
Member2 sume dh kawen
aku jew lom ag ni..
xleh jadi ni,
ad sesape x nak jd isteri aku???
(pengumuman berani mati)
MAK AKU NAK KAWEN JUGAKKKK!!!!!!!
(bile gatal dh datang camni lah)

oke la my teman sume, pidot cawww lu la..
ad mse kite sembang2 ag kat ruang sembang ato pon kat FB pidot
tau ke FB pidot???
babai sume ye.....

November 10, 2010

October 25, 2010

October 14, 2010

BUNTING HARI RAYA





NI LA ANTARA BUNTING YANG AKU HASILKAN UNTUK 
SUBJEK SENI REKA TANDA(GRAFIK)...
WALAUPUN XCANTIK, AKU PUAS HATI CZ AKU DPT WAT SENDIRI JEW...

October 06, 2010

My Collection

ni la antara koleksi-koleksi gambar yg ak edit...
dh lme ak xupdate blog ni...
bkn ape, bz sgt smpai xsmpt nk update...
keje bertimbun2...
tp xpe ni dh last year ak kat sini,
pasni dh ilek2 kat umah sblum g praktikal...
 














August 30, 2010

REGISTER ONLINE PRATIKUM

KEPADA KAWAN2 SEMESTER TUJUH BOLEH LA ISI PRAKTIKUM KAT http://mysis.upsi.edu.my YE CZ UPSI DH BKAK TUK REGISTER.. TUK PENEMPATAN KITE KNA BERURUSAN DGN ULM..

August 29, 2010





Sungguh teruja bila mendapat tahu Tema Hari Kemerdekaan tahun 2010 iaitu 1Malaysia Menjana Transformasi. Sungguh bombastik dan enak mendengarnya.  


Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mengucapkan :



Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah "Action is Better than Word".

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Apa pula jiran di sebelah rumah kita? Di Bandar Raya KL ini terutamanya, bertegur sapakah kita sesama jiran? Saya sendiri pun tidak begitu mengenali jiran-jiran di sebelah rumah ditambah dengan baru berpindah.

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Namun, saya kagum dengan Nuffnang. Usaha berterusan yang dilakukannya terutamanya untuk event yang dianjurkan lebih ke arah dan berkonsepkan 1Malaysia. Berlainan agama dan bangsa berkumpul dan bersosial dalam satu platform. Sebab itu saya masih setia dan sayangkan Nuffnang. Inilah salah satu sebabnya, 1Malaysia dijanakan dengan begitu berkesan bersama Nuffnang. Terimakasih dan Congratz buat Nuffnang.

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah tema ini mampu dicapai atau sekadar penyedap rasa?
Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online