July 21, 2010

MEMBERI SATU KELEBIHAN KEPADA DIRI KITA

Di sini aku ingin kongsikan sesuatu iaitu satu petikan yang dipetik dari buku "Nota Hati Seoran Lelaki" berkenaan sifat memberi iaitu mencontohi Allah al-Wahab :
..."Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan "liabiliti" tetapi sebenarnya adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan  benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
     "Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa."

No comments:

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online