March 11, 2014

Aku Terima Nikahnya...

Hanya masih berbaki tiga bulan lagi maka, pidot akan menamatkan zaman bujang sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t. Terlalu banyak lagi persiapan

yang perlu diuruskan, terasa diri ini belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Banyak perkara lagi perlu dipelajari bagi melengkapkan diri untuk menjadi imam dalam keluarga. Semoga Allah memberi kebrekatan dan kerahmatan dalam melayari alam rumah tangga ini.

Pidot telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Disember 2013 dan akan diijabkabulkan pada 7 Jun 2014 sekiranya diizinkan oleh Allah. Semoga perjalanan ini lancar sehingga hari diijabkabulkan. Pidot hanya mahu majlis persandingan yang serba ringkas sahaja, tidak perlulah semegah artis-artis Malaysia kini, hanya berharap perhubungan ini kekal sehingga ke Jannah.

Di sini pidot sertakan sedikit foto majlis pertunangan dan nanti pidot akan "update" coretan-coretan di majlis persandingan.










DOAKAN AGAR KAMI BERKEKALAN SEHINGGA KE JANNAH

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online