August 27, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada KELUARGA dan semua sahabat-sahabat walau dimana berada, moga syawal yang akan menjelma memberi sejuta rahmat dan keberkatan...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN..

 

August 26, 2010

KENANGAN TERINDAH BERSAMA KALIAN

kenangan terindah di UPSI selama 7 semester...
meredah susah payah bersama-sama,
rasa berat ingin berpisah dengan kamu semua,
kerana kita seperti keluarga..
diharap silaturahim akan berkekalan..
terima kasih diucapkan kepada dayah yg sudi create montaj ni,
terima kasih gak kat geng bernam,
kenangan kita bersama selama ini akan terpahat dihati ini selamanya...

August 16, 2010

JIWA CELARU

KENAPA ENTRY AKU KALI CELARU???
KERANA MEMANG AKU DALAM KEAADAAN CELARU SEKARANG NI..
AKU TAK TAHU KENAPA TETIBA SHJ AKU RASA CELARU..
ADA BERBAGAI KEMUNGKINAN
SALAH SATUNYA DISEBABKAN KERJA YANG BERTIMBUN..
ITU MEMANG MENCELARUKAN KERANA SEMUA KERJA TU KENA SIAPKAN MINGGU NI JUGA...
AKU CUMA HARAP KERJA2 NI SEMUA SETEL LA...
SELAIN TU AAKU JUGA RASA CELARU KERANA AKU TERINGAT KAT KG HALAMAN
AKU RASA NK JEW BALIK, TP APA KAN DAYA,
KERJA BYK TAK SIAP...
ADA BYK LAGI TP YANG LAIN 2 RAHSIA..
ATAU MUNGKIN KERANA CINTA?????
OHHHHHH!!!! TIDAK SAMAA SEKALI,
AKU TIDAK CELARU AKAN CINTA..
APA YANG AKU TAHU CINTA AKU HANYA UNTUK YANAG MAHA ESA DAN KEDUA IBU BAPA SERTA KELUARGA AKU..
CINTA KEPADA KEKASIH MEMANG TIADA KERANA AKU TIDAK PUNYAB KEKASIH..
APAA YANG AKU TAHU CINTA PADA KEKASIH ITU SATU PENYIKSAAN DAN MENAMBAH BEBAN..
BIARLAH CINTA ITU HADIR BILA AKU SUDAH TAMAT BE;LAJAR..
AKU HARAP AKU TIDAK BERCINTA SELAGI BELUM GENGGAM IJAZAH, TETAPI ITU HANYA AZAM AKU, HANYA ALLAH YANG APA YANG TERBAIK PADA AKU, KALAU DITAKDIRKAN CINTA ITU HADIR PADA WAKTU INI, AKU TERIMA SEADANYA..
TAPI AKU SEDAR CINTA ITU TIDAK AKAN HADIR KERANA AKU TIDAK MENCARINYA, DAN AKU TAHU TIADA SESIAPA YANG AKAN TERTARIK DAN JATUH CINTA PADA DIRI AKU...
UNTUK AKHIR KATA PADA KALI INI, AKU MOHON KEPADA ALLAH AGAR MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA2 YANG AKU LAKUKAN DALAM KEAADAAN SEDAR ATAU TIDAK DAN AKU MOHON SEMUA TEMAN2 AKU AMPUNKAN SEGALA DOSA YANG AKU LAKUKAN, HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM AKU SELAMA INI...
KEPADA TEMAN2 YANG AKU SELALU SAKITI, AKU POHON SEJUTA KEMAAFAN DARI MU DAN AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN AKU..( SEBAB DALAM BULAN RAMADHAN NI)

August 12, 2010

KEM BIRO TATANEGARA DI PUSAT LATIHAN TELUK SENANGIN, MANJUNG PERAK

DAH LAMA AKU IDAMKAN NK P KEM BTN,MGGU LPAS BRU BERKESEMPATAN PERGI KE KEM BTN NI, INSYAALLAH NANTI PEGI YANG LANJUTAN LAK...
MULA2 PEGI SUME BENDA PIKIR, TP LAST2 G SNE MMG BEST..
KWN2 SUME NTI LEH LA JOIN KEM BTN NI...
BYK INPUT2 BERGUNA N PENGALAMAN BERADA DI SANA..
NI AK KONGSIKAN PIC KAT SNE TP PIC NGAH RIADAH JEW LA, TIME LDK XDIBENARKAN AMEK GAMBAR...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT BERPUASA TUK SUME SAHABAT HANDAI, MOGA DI BULAN YANG PENUH BERKAAT DAN RAHMAT INI KITA DAPAT MENEMPUHI DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN BERAMAL IBADAH KEPADA ALLAH..

August 05, 2010

Suatu Senja di Tasik Proton City

Nape suatu senja???
suatu senja tu cz kitorang pegi Tasik tu dh senja,
dh dekat jam tujuh malam dh...
rase boring sgt kat umah, tetibe jew geng2 bernam ajak kuar g Tasik,
saje g irup udara kat sne..
g pom just 3biji motor jew...
dh smpai sne wat pe ag, 
Snap2 jew la keje nye...
besa la geng2 artis sume kan.....hehehehe
ni aku kongsikan pic yg smapt ak snap kat sne...


August 02, 2010

IBU SEORANG PENIPU

ENTRY AKU KALI NK BERKONGSI CERITA YANG SGT MENARIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA IAITU CERITA YANG DIPETIK DARI http://iluvislam.com.
CERITA INI SANGAT MENYENTUH PERASAAN DAN SAMA-SAMA KITA AMBIL IKTIBAR DARI CERITA INI...


I
bu Seorang Penipu!
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Farydzul Fareez
Editor: rabiatul_adawiyah

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal. 


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"

"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu. 


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.



Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam. 


"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni." 


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni." 

Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar. 


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?" 



Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi." 

Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namunapakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan.  Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah, 


"Ada apa Mak Piah telefon ni?" 


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai. 

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?


Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...
Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online