Di sini aku ingin kongsikan sesuatu iaitu satu petikan yang dipetik dari buku "Nota Hati Seoran Lelaki" berkenaan sifat memberi iaitu mencontohi Allah al-Wahab :
..."Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan "liabiliti" tetapi sebenarnya adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam
Pendidikan Inklusif
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment